Tuesday, July 19, 2011

Melebihkan basuhan atau pembaziran??


Assalamu'alaikum

       Hal ini merupakan suatu sudut pandang  sahaja dalam konteks  faham Islam. Perkara sebegini kita lakukan setiap hari, cuma sahaja, kita kurang perasan dengan amal perbuatan yang dilakukan....Terkadang kita  tersalah faham dengan kandungan dan kehendak asal sesuatu perkara yang diperintahkan,maklumlah, ilmu itu bukan semuanya dapat kuantiti dan kualiti yang sama...semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa dan segala kesalahan kita insyaallah.....

      Baik, diteruskan, hal ini berkisar pemandangan saya ketika sebelum solat Jumaat. Pada suatu hari, ketika berada di masjid untuk solat jumaat, saya memandang sekitar untuk melihat situasi yang berlaku di kawasan masjid. Alhamdulillah, syukur sangat, ramai orang yang ke masjid. Pelbagai ragam manusia, warna kulit, bangsa yang datang ke rumah Allah S.W.T untuk mengerjakan ibadat solat Jumaat telah saya lihat. Namun  begitu, dalam saya melihat aktiviti sekitar  masjid serta menunggu giliran untuk mengambil wudhu', saya tertarik melihat saudara- saudara muslim yang lainnya ....siapalah saya untuk memberi komen, namun  ingin sahaja saya membincangkan perkara ini. Mana tahu, bagi golongan remaja khususnya dapat sesuatu manfaat dari penulisan saya ini. Insyaallah.....

     Teringat saya, seorang ustaz pernah mengatakan bahawa kita digalakkan untuk melebihkan basuhan pada beberapa bahagian tertentu ketika berwudhu'. Banyak sekali kelebihan yang boleh kita dapat semasa melebihkan basuhan itu. Memang tidak dapat kita nafikan perkara ini. Terdapat suatu hadis yang berpautan berbunyi :



Alhamdulillah, ramai dari kalangan muslim yang melakukan perkara ini. Saya dapat merasakan yang mereka faham tentang apa yang dituntut Islam semasa berwudhu'. Setelah faham hukumnya, rukunnya, sunatnya, sunnah nya serta hikmah- hikmahnya, yang tinggal lagi perlu diamalkan serta yakin dengan apa yang diamalkan.

Melebihkan basuhan, suatu kelebihan bagi mereka yang mampu dan merasakan perkara ini tidak menyusahkan. Cuma sahaja, melebihkan basuhan apakah juga bererti kita perlu melakukan pembaziran??ternyata sekali tidak...Mengapa saya mengatakan sedemikian?? Mari kita lihat perkara yang berlaku setelah itu.

Ketika berwudhu', kita diajarkan untuk tidak membazir air yang digunakan. Maksudnya, pakailah air sebanyak yang perlu sahaja. Manakan tidak, terlihat saya akan penggunaan air yang melampau-lampau. Air yang digunakan sebagai contoh ketika ingin membasuh muka, pili yang dibuka masyaallah, selagi boleh putar, pili air itu diputarkan.....Tadah air, masyaallah banyak terutama ketika hendak basuh muka tetapi bila tiba waktu untuk membasuh muka,kesemua air yang ditadah dibuang dari telapak tangan dan hanya menggunakan saki baki air yang tinggal di telapak tangan.



Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al- Isra' : Ayat 27 yang berbunyi :


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengingkari akan Tuhannya “ ( Surah al-Israk  : ayat 27 )




Bayangkan, berapa banyak yang kita telah bazirkan untuk sehari. Rasanya jika ditadah di dalam bekas, mungkin sempat penuh bekas tersebut. Jika di tempat yang kekurangan air, mereka amat menghargai dengan sebaik mungkin air yang dimiliki seperti menatang minyak yang penuh. Air itu sendiri merupakan Rahmat daripada Allah S.W.T kepada hamba- hamba-Nya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku di negara kita. mungkin kita terlepas pandang serta terasa senang dengan ni'mat yang Allah S.W.T berikan, maka kita alpa serta bersikap tidak kisah akan isu di atas. Apa yang diharapkan ialah kita semua dijauhkan daripada termasuk golongan orang yang membazir. Jika difikirkan kembali, andai Nabi Muhamad S.AW masih bersama- sama kita, apa mungkin Baginda S.A.W melakukan perkara seperti itu?


Mungkin tidak...;)





No comments:

Post a Comment