Sunday, September 11, 2011

SOLAT PART 1

Assalamua'laikum....

Solat??kena solat ker??...Alamak!!! beginilah kebiasaannya perkara yang terjadi kepada umat Islam masa kini....

jom solat!!
Nurnazreena Nazam SuhaNurnazreena Nazam Suhaimiimi

Apa itu solat ? Solat diwajibkan kepada setiap mukallaf ( baligh, beraqal dan Islam ). Ia bermaksud berdoa kepada kebaikan. Jika meninggalkan solat, maka hidup kosong dengan meninggalkan kebaikan yang terang nyata Allah S.W.T anjurkan. Solat merupakan perkara asas kepada umat Islam. Ramai yang mengaku sayang Nabi Muhammad S.A.W, seorang Muslim, namun perkara asas ini ditinggalkan sering sekali dengan sengaja . Ada yang mengatakan cukup dengan hati sahaja untuk mengingati Allah S.W.T, namun mereka kurang sedar bahawa tidak sempurna Iman seseorang apabila menghambakan diri dengan hati sahaja. Solat yang menjadi perkara utama dihisab ketika di hari akhirat ditinggalkan begitu sahaja. Untuk itu,mari buktikan bahawa kita orang yang  benar muslim, dengan menjalankan ibadah solat ini. Mulakan pembenaran dengan hati, pengsyahadatan dengan lidah dan pembenaran dengan perlakukan amalan. Hah baru tampak sempurna amalan kita sehari - hari bukan?...5 minit sahaja....Hal ini mungkin membawa sesuatu yang sangat bermakna pada kehidupan kita sehari- hari dan mampu mengubah hidup kita.

Mari sama- sama kembali kepada ajaran sebenar Islam, dan sama- sama mencuba untuk memdekati Allah S.W.T. : )
kepada mereka yang selama ini meremehkan solat, jom solat sama- sama ;)
semoga kita masuk ke dalam rahmat- Nya insyaallah.