Thursday, July 7, 2011

Lau Kana Bainana

Assalamualaikum....Tv Al-Hijrah, merupakan medium terbaru bagi umat Islam untuk menerokai serta mempelajari tentang konsep penghijrahan kepada kehidupan yang menjurus kepada Islam pada terasnya. Pelbagai rancangan dan program-program yang bersifat ilmiyah,hiburan dan sebagainya terdapat di sana yang ternyata mampu untuk memberikan input-input berharga kepada segenap lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah kepada yang dewasa. Masyaallah, kredit diberikan kepada Tv Al- Hijrah kerana mampu untuk membawakan sesuatu yang berlainan daripada konsep-konsep yang dibawakan oleh siaran tv yang lain.

Namun begitu, saya terpanggil untuk berkongsikan tentang salah satu rancangan atau program dalam siaran Tv Al- Hijrah yang mampum memberikan kesan mendalam kepada sesiapa yang menontonny. Masyaalah.....Rancangan yang dimaksudkan ialah, Lau Kana ( Rasulullah S.A.W ) Bainana=KALAULAH BAGINDA S.A.W BERADA DI KALANGAN KITA.....Saya dapati, cerita ini membawakan pendekatan kepada zaman sekarang tentang bagaimana RASULULLAH S.A.W akan lakukan( berakhlak ) jika berada dalam situasi -situasi yang tertentu.Selain itu, terdapat juga sirah pendek Baginda S.A.W dalam rancangan tersebut, tetapi, perkara utama yang menyebabkan penonton- penonton terkesan ialah pertanyaan soalan kepada orang ramai... "kalaulah Baginda S.A.W berada di hadapan kamu sekarang, hanya untuk satu minit, apa yang akan kamu ucapkan kepada Baginda S.A.W"....????

Rata-rata, mereka menangis.....subhanallah....pelbagai komen yang keluar dan kesemuanya membawakan kecantikan dalam berbahasa.....
(My brother, today you've spoken very good thing to me !!! ) antara komen seorang daripada yang ditemubual....

Saya percaya, insyaallah, jika anak- anak zaman sekarang yang punya masalah akhlak yang kurang baik pada masa kini jika dapat belajar secara tidak langsung akhlak yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W melalui program-program berbentuk sebegini, mereka bisa saja jadi lebioh baik daripada hari sebelumnya....semoga Allah merahmati penerbit rancangan ini serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..mereka telah membuat suatu perkara yang baik.....

Semoga kita sama- sama dikurniakan limpah dan kurnia Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W ditempatkan di maqam yang terpuji.....moga program seperti ini dipertambahkan lagi agar dapat meningkatklan kasih dan sayang kita kepada ALLAH S.W.T dan RASUL-NYA melebihi yang lain.....amin


2 comments:

  1. slm bro..tak pena tgk la...mklumlah tiada astro..heheee

    ReplyDelete
  2. bro,aku dah follow ko guna 2 akaun blog aku sekali..best tak??heheee

    ReplyDelete